Aug 31, 2010

tanak cite

dah tanak post entry-entry pasal work dah. especially studio. buat lagi tension ade la. ini blog peribadi. taknak masukkan cite2 pasal works yang membuatkan aku lagi tension! malas nak layan kau minah mamat..menyakitkan ati aku je. slalu buat kecut perut dalam kelas. huhh,, tension blajaa macam ni. dah anis, dah. bertahan selama 1 1/2 sem lagi ok. tengah tahun depan dah boleh relax da. tak payah tension-tensio dengan bende alah tu lagi dah..

 

11-12-09_1700

makan coklat banyak-banyak bagi hilangkan tension. gmbr ni bukan bulan ramadhan yang mulia ini ya adik-adik..

Aug 30, 2010

misi update blog setiap hari selama seminggu!

image
okeh, saya akan cuba sedaya yang mungkin untuk update blog dengan entry-entry terbaru tiap-tiap hari selama seminggu. tapi,, bila nak mulakan hari yang bahagia ini ya?? oh,, keje banyak, busy tidak mengapa kerana dgn menulis entry-entry baru, ia dapat melepaskan tekanan yang telah saya hadapi… (^-^)~~~
waiting~~~~

Aug 27, 2010

a little bit guts

actually,saya nie bukan yang pandai bergaya sangat. bila dah mencecah umur 20 tahun nie, dah mula rasa nak begaya sket-sket. the latest is saya mencuba pergi bersiar-siar dengan style melilit shawl yang saya reka-reka sendiri. mungkin dah lama kot orang dah tau lilit nie..huhuhu.. here are the syle,,

blue1 blue3 DSC04024

harus menutupi dada dihadapan ya. gambar second shawl kene tiup kipas.(-.-)

then, jom shopping wif housemates kat tesco!!

P8201479

 P8201482

 P8201483

 P8201492

 P8201505

P8201507

P8201513

 P8201536

P8201537

 P8201540

 P8201541

malam menjelma, kedai dah tutup, kami mahu pulang…

bye!

 

p/s: nak pakai apa untuk anniversary hari ni ya?? hah,, tnya en. muiezz je lah. (^-^)

10 petanda dia milik kita

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad.

Aug 26, 2010

muslimah style.

 

22160_288600457479_112179727479_3298255_3625928_n

 

35022_135332806494492_109822995712140_287557_1802726_n

 

images

 

gambar-22

 

images (1)

jilbab_salah_03

hurm, okeh. kat cinie saya nak memperingati diri saya sendiri agar menekankan cara berpakaian lebih-lebih lagi tudung. untuk step pertama, saya nak ubah cara memakai tudung. sia-sia je kalau saya pkai tapi tetap menampakkan aurat. klu nak tunjuk aurat, free hair trus.kalau nak tunjuk aurat tunjuk trus. ada unsur kejahatan disitu. okey, secara perlahan-lahan, saya akan cuba sedaya yang ada untuk berubah dalam berpakaian.

tudung/selendang:

rendahkan sanggul, atau ikat serendah yang mungkin. kain tudung kat depan tu haruslah menutupi bahagian dada. oh,, tak lupa tudung tu tak menampakkan tengkuk jugak ye..

bahan wangian:

oh, saya memang tidak mengunakan sebarang wangian kerana saya allergy dengan perfume. pakai deodorant sudeyh….

wedges/ heals:

oh, terpaksa la saya slow-slow untuk x memakai kamu semua. actually, saya pun dah letih menipu orang sekeliling dengan ketinggian yang pura-pura camtu. dah tiba dah ngaku dan terima seadanya bahawa saya ni seorang wanita yang pendek, rendah, ketot and bla bla… oh,, jangan lupa bertutup.

pakaian-pakaian yang ketat:

hurm,,, saya ni memang tak pakai ketat. tapi ada la jugak baju-baju ketat yang tersesat dalam almari saya tu. so, dah tiba masanya saya mix and match balik pkaian tu supaya nampak tak ketat or x tayah pkai trus.

perhiasan, make up:

perhiasan macam gelang, cincin or else memang pakai. bahkan pakai pun dapat pahala namun jangan melebih-lebih. yang bab perhiasan memang saya pakai yang penting-penting je. sekadar amik sunat pakai rantai or gelang or cincin or bla bla setiap satu.tak lebih daripada satu. bab make up, dah tak leh dah make up tebal –tebal dan melebih-lebih tak baik! make up natural sudeyh…. (penah ke aku make up tebal –tebal sekadar nak keluar kat depan rumah??)

 

11536_1202879506510_1064260593_30596747_7942835_n hah, make up tyme dinner jer yang brani nak tebal-tebal pon..

UJIAN MEMORI ANDA

Tanpa menggunakan kalkulator (mesin kira).
Anda memandu sebuah bas dari Kuala Berang ke Kuala Terengganu.
Di Kuala Berang, 11 orang menaiki bas.
Kemudian di Ajil, 6 orang turun dan 9 orang naik.
Tiba di Wakaf Tapai, 2 orang turun dan 4 orang naik.
Di Durian Guling pula, 11 orang turun dan 16 orang naik.
Tiba di Binjai Rendah 3 orang turun dan 5 orang naik.
Di Pengadang Baru, 6 orang turun dan 3 orang naik.
Akhirnya anda tiba di stesyen bas Bandar Kuala Terengganu.
Soalnya... Siapa nama pemandu bas?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Jawapannya: Jangan nangis ek! Ingat semula, ayat pertama tadi... 'anda memandu sebuah bas'.

DSC02241

Aug 22, 2010

safety first!


sesiapa yang merasakan dirinya adalah pemandu lebih-lebih lagi wanita dan muda mentah, memandu kenderaan murah, lama atau buruk, safety tetap num 1. jangan ingat kereta lama, buruk, murah x de yang berkenan.

steering and pedal lock jangan dilupakan. biar lambat nak kunci steering and pedal asalkan kereta yang murah tu tak kene curi kalau tak, sape yang susah? kita jugak yang susah nak pergi kemana-mana.
steereng lock.


pedal lock.

semua ini adalah penting. automatik remote alarm lock juga amat penting. baru la pencuri sial nak mampus masok neraka tu akan ketakutan bila alarm tu berbunyi masa dalam percubaan nak cungkil kereta kita.




remote alarm car clock.

ini semua khas utk keselamatan kereta. inspactor polis ada pesan, pencuri akan mencuri apabila adanya peluang, ruang dan masa. jadi, kita sebagai calon mangsa harus menutup peluang, ruang n masa kepada pencuri bedebah kau terima la pengajaran sial!.
oh,oh,oh, untuk perlindungan maksima, kita boleh clamp keempat-empat tayar kereta kita macam pak gurd uitm selalu buat tu...




 okeh.. oh,, jangan lupa pesanan dan nasihat orang yang berpengalaman yer. safety first!! (-_~)

andai....


andai aku punyai nilai,
kan ku miliki kembarmu,
diwarna merah,
ditukar digit,
abjad negeriku tercinta..

supaya menjadi kau,,
aku merinduimu....
tuhan, tolong ketemuilah kembali apa yang telah tiada..


missing u.. T___T

 i'm sorry..... T______T
i'm really really miss u.... T______T
i know i never meet u again.. T______T
 i'm so so sorry...
i dont wanna else..
i want juz you..... T________T

sorry.....

Aug 21, 2010

ditimpa musibah besar. a big lost.

Alhamdulillah....
Allah menguji hambaNya dengan kemampuan dan keupayaan seseorang yang menerimanya. sesungguhnya Allah lebih maha mengetahui dan mengasihi hambaNya.

actually banyak benda yang nak dikongsikan hari ni.tapi bila sesuatu yang tak dijangkakan berlaku dalam sekelip mata, terus mati mood.

bayangkan anda keluar kejap ke kedai yang berada dihadapan rumah anda and bila anda pulang, anda dapati rumah anda itu hilang.bukan rumah masuk pencuri, tapi rumah anda hilang dari tapak rumah anda. terkejut bukan?

Aug 19, 2010

oh! ouch!

memang sh** ar sesape yang merasa dirinya adalah saya dan pretend untuk jadi diri saya!
agak nampak kebodohan disitu. be yourself lah. da besarkan. takkan la tak leh cari diri sendiri lagi.dont be like copy cat ok. begini, awak nak jadi diri saya 100% memang x dapat sebab awak sendiri punyai diri sendiri yang sebenar. tak de ape la pada diri saya ni. nak cakap cerdik dekan x penah pon merasa. nak cakap baik tok sah cakap lah.tak penah jadi baik pon agaknye. nak cakap pandai bergaya, xpandai pon..nak cakap cantik, memang tak ah.


 so, pikir-pikirkan sahaja la. klu da taksub sangat pun, jadikan idola awak cukup la. x perlu nak tiru 100%  please, be yourself dont be like a copy cat. adios~~

Aug 4, 2010

Recipe for Thinking Positively

people with positive attitude are generally luckier in life, land better jobs and are happier. furthermore studies show that individuals who think positively are healthier and live longer. the times are tough and everyone has problems, but it is never late to start thinking positively. here are my easy tips to get going:

DSC03172

Difficulty: Moderately Easy

Instructions

Step 1

28456_127584513941982_100000713038073_186397_348878_n

Smile more and stop complaining! It might be hard at the beginning but it will get easier. Your smile will be a facilitator between you and many nice people who will be just like you - smart, enthusiastic and positive. Often people are complaining that there are not reasons to smile. Not necessary true. How about beauty of life, having a family or beautiful children!

 

Step 2

P1040374

Don't oversleep. It might sounds out of order but it is not. People who oversleep are more likely to have depression. This not necessarily means that everyone who oversleeps has a problem. You just make sure that your sleep is between 7 and 9 hours. Oversleeping will make you miss a lot of life - like brisk morning jog or reading the morning paper on your back porch. And your newly positive nature doesn't want to miss anything from the joys of life!

 

Step 3

P1160060

Change the way you talk. That is very critical to your success but doesn't require more than simple repetition. Instead of I'll fail, I don't know or that's impossible use words like I can do it, I can learn or why not - only the sky is the limit! The newly positive attitude will help you at work too - if you manager ask you - the person with "I can attitude" and a person who used to be like you - unsure and unwilling, who do you think is going to land a promotion faster?

 

Step 4

scan0059

Stop digging into your past and blame yourself for old mistakes. Admit it - there is not much you can do about the past. You will only heart yourself and make yourself depressed. You might not be very desirable company either. Try to think positively and make yourself aware that you are in control of your present and your future - how amazing is that?

 

Step 5

DSC_0363

Think of the lessons you learnt. Every time you go thru hard time or some sad situation, outline all the lessons you learnt and ask yourself would you learn that if you didn't overcome that obstacle. For example, getting broke and starting all over is not the end of the world - it leads to many positive things like learning to manage better your money or knowing who your real friends are!

 

p/s: thank u to MDHT secretary for forward this informative email for me and credit to the authors.. =)

Aug 2, 2010

sahabat

"Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati.



Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.
Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri.'' (IMAM SYAFIE)




"Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan.  Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya.  Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan.
Aku tampakkan keramahanku, kesopananku dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang kubenci, sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada orang-orang yang kucintai.
Manusia adalah penyakit dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka.  Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan." (IMAM SYAFIE)

"Mudah-mudahan anjing-anjing itu dapat bersahabat denganku, kerana bagiku dunia ini sudah hampa dari manusia.  Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk majikannya yang tersesat, tidak seperti manusia-manusia jahat yang selamanya tak akan memberi petunjuk.  Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri." (IMAM SYAFIE)






"Bila tak ketemukan sahabat-sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang-orang jahat.
Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan kawan yang mesti kuwaspada." (IMAM SYAFIE)