Nov 28, 2010

gadis pekan

 

biasa kita dengar gadis bandar atau gadis desa bukan. ni nak cite siket pasal gadis pekan. desa, pekan n bandar adalah tempat berlainan dan kedudukan dalam herarki bandar pun berbeza. cait! tetiba nak ngaja subjet town planning plak. tau la student town planning.. –_-

new born,

aku ni gadis pekan. bukan kampung atau bandar metropolitan macam KL tu. hidup kat dalam suasana quarters. quarters TNB kat kuala berang.sebuah pekan kecil yang menjadi ibu daerah Hulu terengganu. umi n abah totally 100% kelantanese. tapi aku dilahirkan di pekan ni. semua jiran tetangga bukan orang terengganu.semuanya bermastautin seperti abah.

 

childhood,

jiran yang terengganu pun bukan berasal di hulu terengganu ni. so, masa kecik-kecik dulu, duk main tali skipping, dek cok, (ni semua bahasa kelantan terengganu), masak-masak, polis-polis, cikgu-cikgu,, semuanya dengan kawan-kawan anak jiran kami.. n of course la pertuturan kami bahasa melayu standard. tak da loghat terengganu langsung.tapi bila masuk je pintu rumah, automatik pertuturan bertukar menjadi kelate…hehehe… sebab tu la bila duk u ni ramai yang tak caye aku ni anak timur sebab takde loghat sangat.. loghat kelantan kami pun tak pekat sangat. zaman kanak-kanak takde special pun… cuma masa tu family kami sangat la suka vacation menjelajah satu Malaysia ni sampaikan saya mabuk hotel. masa kecik dulu saya mabuk hotel. masuk hotel, mesti muntah. tak pun demam.. gitu la sedikit sebanyak cerita zaman kecik dulu.. tapi memang sangat enjoyfull. rasa tak nak besar sampai bila-bila kan..

 

zaman remaja,

aku satu-satunye anak umi yang tak bersekolah berasrama. kirenya pergi skolah pagi balik tengah hari or petanglah. akak, adik-adik aku yang lain semua tinggal diasrama. jadi, aku punya sleng terengganu, hulu terengganu tu lagi banyaklah.. tapi aku tak pandai pun cakap hulu.. sebab dorang punya loghat aku sendiri pun tak paham. orang terengganu yang bukan dari hulu terengganu pun tak paham. die punya bahasa berlainan mengikut kampung pulak. ok dah bukan nak cite pasal bahasa. haes! lari tajuk pulak.

aku ni seorang budak sekolah yang skema. tak suka care hal orang.suka buat hal sendiri. tak ramai sangat kawan rapat. cuma seorang dua sahaja. tapi aku tegur semua kawan-kawan yang lain.takde la tak kawan teruskan.. aku kurang bergaul dengan orang sebab umi selalu mengajar, jangan mudah sangat terpengaruh dengan kawan-kawan.. budak perempuan pulak suka bergosip. aku ni jenis dengar kata umi bila dalam bab bergaul ni. and seorang pelajar yang dengar kata cikgu. cikgu cakap, time cikgu keluar kelas jangan bising.baca buku. so aku baca la buku tak pun duk simpan rahsia pasal lelaki yang masing-msing minat dengan best friend aku. tak berapa minat sangat nak take part dalam makan daging manusia sendiri ni.. tambah dosa.

disebabkan aku tak bergaul sangat, n takde geng pun kat skolah,aku ni macam seorang budak sekolah yang cantik tapi terlindung disebalik segala-galanya.cewah perasan cantikkan. takde lah. maknenye aku ni bukan rebutan bdk laki la masa kat skolah dulu.. mana ade lelaki yang minat budak skema walaupun lawa (ceh perasan), pkai tudung paras siku, lengan baju berkacing, baju kurung skolah pun besar. menampakkan aku ni gemuk dengan bentuk muka aku yang tembam ni. lagi la orang ingat aku ni tembam.. aku bukan jenis nak gi tandas, berteman 2 3 4 orang.. habis-habis takut pun, ajak sorang je best friend aku. solihah or nisa.. kadang tu pegi sorang-sorang je.aku n 2 orang best friend aku ni jaga koperasi. kira pengawas koperasi bergaji la.. dalam sebulan dapat la dalam rm20 seorang..hihihi..besenye duit tak penah smpat simpan pun buat bayar makanan yang dibeli kat koperasi masa bertugas.hahahaha.. memang ada yang free untuk kami, tapi dah tak cukup satu, beli lagi. zaman ni la aku jumpa dengan muizzuddin aku sekarang.auw auw. rasa macam nak menggedik pulak.

muiz tu budak femes la kat skolah dulu.ramai yang tergilakan die. ade la budak pempuan kiranya makwe die dulu la seorang pempuan femes jugak sebab cantik, gedik, and ramai kawan-kawan tapi selalu kene panggil jumpe guru displin. entah la. macam-macam jenis perangaikan. ade jugak pempuan yang jenis femes, ramai orang tergilakan, n berbakat dalam persatuan n jadi kesayangan cikgu.tapi sayang, gedik yang teramat la sangat…ade jugak cantik, tapi pemalu, femes, ramai tergilakan die, ramai kawan.. yang ini untung..

aku kat umah macam gadis biasa. bukan senang aku dulu nak keluar pekan walaupun dua tiga langkah je dari rumah aku.. ye la, rumah aku betul-betul kat pekan. umi aku memang jaga sangat kami supaya tak jadi macam budak-budak kampung masuk bandar. kebanyakkan kat pekan tu budak-budak semua macam pelik.. aku pun bukan jenis rajin duk kat dapur. semua jenis menu makanan aku reti buat tidaklah sebegitu.. aku tak reti pun main masak-masak ni. tapi kalau suruh masak buat makan tengah hari or malam tu boleh la lagi. lepas la perut kenyang.. aku pun bukan budak kampung yang pandai pakai kain sarung, pegi bercucuk tanam ke sume.. tapi kalau nak pkai kain sarung tu boleh la.. aku juga bukan gadis bandar yang pandai bersosial kenal semua jenis branded cloth.. tak.. aku gadis pekan. bukan gadis bandar mahupun desa.

so, aku ni ditengah-tengah. diantara bandar dan desa.

 

zaman yang dilalui sekarang,,

aku tak pernah shock culture walaupun aku ni bukan jenis senang nak keluar rumah. kenapa tak pernah?? sebab aku dapat beza yang mana baik, dan yang mana buruk. tak ye pun, kalau umi aku suruh aku keluar bersiar-siar pun aku taknak. aku memang indoor person. tak suka keluar rumah. itu kat umah betul aku la.. tapi bile kat rumah sewa or kolej dulu, aku suka sangat keluar sebab mahu mengenali tempat baru.bila dah bekerja nanti, bila orang tanya kau penah duk perak tolong tunjuk aku jalan tu boleh la kan.. ni duk je 3 tahun kat perak, tapi kelly castle yang dekat tu pun tak penah sampai apa kes?? kalau orang lain tengok aku selalu keluar, lepak dengan muiezz n ingat aku ni sosial gile. kamu semua salah. aku masih lagi membataskan pergaulan aku dengan lelaki-lelaki lain. cuma ngan muiezz sahaja aku bebas. ye la, aku pun macam remaja-remaja lain jugak. aku kenal wayang pun bila masuk u la. tu first time aku masuk wayang.hahahaha.. ye la, parents aku memang sangat mendidik kami dengan berlandaskan agama. sangat-sangat strict soal agama. aku pun sangat-sangat bersyukur dilahirkan dalam family yang amat menekankan agama. aku boleh tengok banyaknya beza orang timur n orang barat. aku tak buruk-burukkan mana-mana pihak tapi ini la kenyataan. kalau aku diberi peluang, nak kerja kat timur or barat, aku akan pilih timur.biar orang kata orang timur kolot,kerana kolot itu adalah batas kehidupan kita. jangan terlalu open minded sangat sampai bagi je suami kite berpeluk bercium dengan wanita muhrim lain. bahaya. yes, barat adalah syurga dunia, tapi didikan dan pemikiran kolot timur la jalan ke syurga selamanya. kolot kat sini bukan kolot yang macam bodoh takleh pakai langsung tu ye. kita islam bukan diatas nama, mahupun di mycard, tapi dihati kita. dijalan kehidupan kita. islam is the way of life. not only a religious. aku ni bukan la ustazah, or orang yang banyak ilmunya dalam agama, tapi masih ada buah fikiran dan kesedaran dalam diri.. haih,, kan dah melalut pilut dah ha…

ok la… da pagi bute dah.. cerita gadis pekan pun dah habis..

babai~~

2 comments:

plankton said...

hahak~~ reminds me of our precious good time dlu..how we learn, work n gossiping together.. how u adores muiz so much n how u end up decide to just keep ur hope towards him n like other boy instead..ha3..funny yet cute right!

but what eva it is..i'm happy that u finally being love by the one u had learn to love years ago:)

ooppss..terpanjg plk komen:P~

anis said...

hakhakhak... yup.. cam klako comei gitu..hahaha.. ops trprasan plak..huhuhu..