Jan 13, 2011

berfesyen?

assalamualaikum…

oh,, entry ini mungkin agak panas untuk blogger wanita kat malaysia nih. sape tak suka berfesyen kan.. kat sini saya cuma memberi pandangan dan pendapat saya saja.tak de kena mengena dengan sesiapa. so jangan nak emo-emo kat cni ye. tak puas hati, boleh blah dari cni buat entry sendiri.

“kadang-kadang benda nih macam berputar. dan terus ke zaman jahiliah.”


as i said, ini cuma pendapat dan pandangan sahaja. siapa tak suka berfesyen?? saya pun suka tau.tapikan. benda nih kena hati-hati kerana kita nak menampilkan diri di khalayak ramai.orang yang melihat kita dan menilai kita dengan berpakaian. sebagai seorang wanita, kita sebenar-benarnya tak perlu menarik pandangan orang ramai. kita tak perlu buat orang pandang n tertarik kepada kita kerana ini menimbulkan syahwat bukan? kalau orang tu memang selekeh tapi menarik pandangan juga tu lain cerita la kan. ops, saya bukan nak berdakwah ye.saya bertulis atas sedikit kefahaman dalam berfesyen. jangan sentuh topik lain! stick with this topic, fashion ok.!

statement yang saya besarkan  diatas dah boleh mengulas segala  benda yang saya fikir. malas mengulas panjang takut tersasul kata jadi bahan berbahas yang entah pape pulak. saya nih bukan pandai berfesyen, dan bukan orang yang baik-baik alim ulama.saya cuma perempuan melayu tipikal yang mempunyai pandangan tersendiri saja. saya teringin nak berfesyen. tetapi bila survey sendiri kat dunia maya nih, fesyen sekang buat saya sakit mata. pandangan saya sebagai seorang perempuan sama dengan pandangan segelintir lelaki kat dunia maya nih. korang google la sendiri. tak nak buat iklan blog dorang kat sini sebab saya pon tak nak dorang popularkan blog saya nih.
apa yang buat saya tak suka adalah,
pertama,
pakai tudung, tapi tak tutup dengan betul. syarak bertudung adalah menutupi aurat iaitu rambut leher dan dada. bermakna kita kena pakai tudung melepasi dada dan tidak menampakkan leher dan perhiasan dalaman. saya penah terbaca tentang bertudung nih. apa yang saya faham, kalau kita bertudung tapi menampakkan perhiasan dalaman seperti anting-anting dan rantai ia seperti perbuatan wanita kafir. (ini bukan freemason or keagamaan okeh! ini apa yang saya faham saja!!)
kedua,
bertudung, tapi memakai pakaian yang ketat ketat sehingga menampakkan susuk tubuh. ok, saya pun bernah berpakaian menampakkan susuk tubuh waktu zaman saya jahilah dulu. sekarang saya sudah berusaha kumpul duit beli baju yang longgar-longgar. berubah secara slow-slow. yang saya paling tak suka bila segelintir kawan-kawan saya memakai legging. saya paling tak suka. sebab apa? cuba bayangkan pakai legging warna kulit.tak ke seperti tak pakai apa-apa?? saya yang malu tengok mereka pakai macam tu. maaf jika ada yang terasa. baju inner pulak. boleh diterima jika baju tu tak terlalu nipis dan ketat. saya malu tengok kawan-kawan saya pakai baju inner yang ketat sehingga kain tu strech dan menampakkan warna kulit badan dia.. ya Allah.. tolonglah..saya tahu sape la saya ni nak berpesan-pesanan. manusia sekarang, dipesan lagi melentingkan. tak kesah la kubur masing-masing. tapi kalau kita tengok dan buat dek je sekali dengan kita dapat dosa. baik tegur kau nak melinting, tak nak ikut lantak kau lah kan. tapi dosa aku dah terlepas. sebagai umat islam berpesan-pesanan ke jalan allah adalah satu kewajiban.

ketiga,
semua dah ok, tapi komnbinasi warna yang memang orang tertarik sakan lah aih! buat promote jualan barang pon boleh laku nih! hai, biasalah wanita suka akan warna. saya pun suka tau. tapi bila dah jadi warna pelangi tu rasanya tak sedap jugak nak memandang nih. kalau pakai shawl pelangi, baju pelangi, seluar pelangi jadi apa? jadi clown bukan? maaf kepada yang terasa. tak bermaksud kepada sesiapa. boleh nak pakai pelangi-pelangi pon.tapi biar la salah satu sahaja.contohnya, shawl pelangi, baju putih atau hitam atau satu warna sahaja. or baju pelangi, seluar n shawl satu warna sahaja. baru la tak jadi fashion disaster.
keempat,
maaf jika terasa, saya tidak suka tengok orang make up tebal-tebal. benda ni boleh buat sakit mata.nak make up boleh.tapi biar nampak natural. saya suka tengok orang makeup gaya korea or jepun. nampak natural.saya pun pernah jadi mangsa make up nih. tapi sekarang bila tengok gambar, macam fake pulak. bukan diri kita sebenar.dan sekarang saya sudah kurangkan make up. juz simple.
sekali lagi saya nak cakap saya cuma meluahkan isi hati saya sahaja. apa yang saya faham, jika tak berdaya nak bertegur dengan perbuatan, tegur la dengan lidah, jika tidak berdaya bertegur dengan lidah tegurlah dengan hati.saya insan yang sangat lemah.dan blog saya adalah isi hati saya.saya pun buat benda tak baik, and saya bukan orang alim ulama dari sudut lain. jangan nak komen or hentam saya. ini cuma pendapat sahaja. n jangan nak emo-emo kat blog saya. pergi buat entry sendiri and emo la kat blog masing-masing. saya tak menyebut mana-mana nama sesiapa kat sini. jadi jangan nak memandai nak letak nama saya kat sana ye.aman aman tiada sengketa, salam sayang semua..
wassalam..

No comments: