Jan 24, 2011

kadang kala


kadang kala,
aku terpaksa berdiam tanpa meluahkan kepada sesiapa dan dimana-mana. dengan segala bebanan dan tekanan yang dihadapi.
kadangkala,
aku terpaksa keraskan hati butakan mata pekakkan telinga kuatkan semangat untuk terus belajar. dengan segala apa manusia lakukan terhadap aku.manusia yang mahukan hipokrit, ampu-mengampu,kaki kipas. maaf, aku mahukan kejujuran dalam segala benda.
kadangkala,
aku terpaksa menempuh onak dan duri untuk terus kedepan. kerana jika melarikan diri, aku tidak akan dapat capai kehadapan.
kadangkala dan selama-lamanya,
tempat terbaik untukku mengadu meraih ketenangan adalah diatas sejadah, berdoa bersama-sama aliran air jernih dipipi. musik terbaik mendendangkan sendiri alunan Al-Quran dan ubat penenang jiwa adalah berzikir bersama-sama tasbih dan inilah pengubat jiwa yang paling mujarab untuk hamba-hambaNya dimuka bumiMu ini kerana dunia ini penuh dengan kepalsuan..

No comments: