Mar 30, 2011

touch the end line..

 

KEEP RUNNING even though your feet are bleeding because of stepped on the sharpest nails.

Mar 29, 2011

please wake up and speed up your run..

assalamualaikum..
today was a miserable day for me. i was felt down very badly  and i couldn’t explain here. i tear down my tears for a gallon, my heart are broken to the thousand pieces.
what do you expect for the hours sleeping without wake up? and suddenly you realized that  you are in the critical line for your marathon?? 


you work harder, you did all the task,


but, because of your smallest mistake make your whole work like a shit.


bangun anis, bangun!!! jangan biarkan diri anda tersungkur selepas ada manusia meletakkan batu di trek pelarianmu!


biarlah seramai mana yang melintasmu, biarlah kamu tidak dapat air kerana kehabisan.tapi tolonglah,,,
tolonglah terus berlari!!


berlari dan terus memecut!!


jangan putus asa!


selagi jarum jam tidak berdetik ke nombor jam penamat, teruskanlah perjuangan anda!
biarlah anda terlepas sebanyak mana check point. tapi sentuhlah kegarisan penamat.


ingatlah, setiap perlarian yang kita tempuhi ada seseorang dibelakang kita.
seseorang yang amat kuat membimbing kita,


seseorang yang bersengkang mata lebih lama daripada kita mengadap Illahi untuk memberi pertolongan kepada kita,


seseorang yang bersengkang mata, mencurah keringat, memerah peluh di badan untuk memenuhi apa yang kita impikan, apa yang kita pinta.


apa yang kita perlu adalah BERUSAHA!
terus BERUSAHA hingga ke tali penamat sebelum jam berdetik saat akhir untuk kegarisan tersebut.


fikirlah ibu ayah yang terlalu banyak berkorban, terlalu banyak mengatakan ya dan tidak pernah mengatakan tidak walaupun mereka mempunyai komitmen yang lebih besar dari kehendak kita…


jangan cepat berputus asa walaupun sudah 40% kegagalan itu hampir kepada kita. ingat, Allah maha pemurah maha mendengar lagi maha mengasihani. berdoalah dan terus BERUSAHA untuk melepasi tahap genting ini. keajaiban akan senang terjadi pada orang yang selalu BERUSAHA dan BERDOA. 

orang yang tidak kenal erti putus asa akan berjaya! Tuhan maha Pemurah lagi Mengasihani.


usahlah berputus asa, tanamkan kata-kata positif,
ya! kita yakin akan rezeki Allah!
kita seharusnya terus berusaha SEHINGGA berjaya..

ingatlah seseorang yang berada dibelakang kita ini…………

“A son asked his father, "Dad, will you take part in a marathon with me?" The father who despite having a heart condition, said, "Yes".
They went on to complete the marathon together. Father and son went on to join other marathons, the father always saying, "Yes" to his son's request of going through the race together.
One day, the son asked his father, 'Dad, let us join the Ironman together; to which his father said, "Yes", too.
For those who don't know, Ironman is the toughest triathlon ever. The race consists of three endurance events of a 2.4 miles (3.86 kilometers) ocean swim followed by a 112 miles (180.2 kilometers) bike ride and ending with a 26.2 miles (42.195 kilometers) marathon along the coast of the Big Island.
Father and son went on to complete the race together.”

SAM_2909 - Copy

wassalam…

Mar 28, 2011

first timer

hari ini saya berjaya memakai false lashes..
SAM_3856
abaikan yang mata disebelah kiri.. –_- masih x pandai memakainya..
dan berjaya membuat gaya golden eyes.. yeay! ^_^

Mar 26, 2011

pinkish purple eyes (personal video)

assalamualaikum…
this video only for my revision for the future. not for publicly view. this video uploaded here in case if my laptop corrupt.

dear diary,
pinkish purple ini saya pakai untuk ke majlis kesyukuran kawan saya baru-baru ni..

SAM_3591
ini gambar selepas membuat video dibawah. bukak flash nampak lah hasil make up yang tak seberapa ini.

SAM_3586
ini gambar tak bukak flash. tak tebal pon gaya ni…

dan ini video tutorial,,,






SAM_3595
zoom in.. macam ini la hasilnya. maaf la saya hanya la seorang amatur saja bukan pro. =_=

SAM_3599
entry sudah habes wassalam…

iklan kejap eh..


assalamualaikum…
dear untalkative diary,,
saya nak save memori n pelajaran make up saya yang ini boleh??
SAM_3351
sangat sangat simple.. ok,wassalam…

majlis kesyukuran di sitiawan

 

assalamualaikum…

SAM_3346

baru-baru ni saya diajak ke rumah salah seorang rakan saya di sitiawan untuk menghadiri majlis kesyukuran dirumahnya. duk pikir-pikir nak pakai baju apa ye.. last-last pakai la baju kurung unggu ini. dan make up untuk ke majlis ini adalah simple pinkish purple.

 

SAM_3352

oleh kerana saya tidak tahu rumah rakan tersebut, saya meminta Aina memandu kesana.. di belakang itu buddy saya Farah.

 

SAM_3360

tema tuan rumah adalah pink. sungguh lembut dan semuanya warna pink.

 

 

SAM_3361

tuan rumah berwarna pink ya….

 

 

SAM_3364

SAM_3369

ini dia ini dia..

 

SAM_3367

SAM_3370

ok lah.hari pun sudah malam kami pun mahu pulang..

entry pon sudah habis,

wassalam..

Mar 25, 2011

yogurt ketika mestruasi

 

assalamuaikum…

SAM_3560

bagi sesiapa yang mengalami kesakitan ketika mestruasi (senggugut mungkin) boleh la makan yogurt untuk mengurangkan kesakitan yang dialami. yup! memang ubat yang mujarab lah.

selain tu, yogurt ni banyak kelebihan dia untuk sistem reproduksi wanita antaranya ialah;

  • mencegah dan mengubati keputihan
  • menyihatkan dan menstabilkan miss “V” kita..
  • melancarkan mestruasi
  • membantu meredakan sakit ketika mestruasi.

ini kerana yogurt adalah daripada susu segar dan melalui proses fertentasi menggunakan campuran bakteria Streptococcus thermophilus dan Lactobucillus bulgarius. bakteria – bekteria ini mengurai gula susu (laktosa) menjadikannya asam laktat. asam laktat ini la yang membuatkan yogurt berasa masam. bakteria ini adalah baik untuk kesihatan badan kita.. kalau tengok iklan-iklan susu kat tv pon ade keluar nama-nama bakteria ini kan.

so, jadikan la yogurt sebagai makanan sampingan harian kita ya. demi kesihatan duit habis pun tak pe.

sumber: google pasal yogurt dan kebaikan ketika mestruasi.banyak sangat link yang bukak tak ingat da yang mana.. =_=

wassalam…

Mar 24, 2011

petua awet muda dan memulihkan bibir kebiruan

 

assalamualaikum..

tajuk entry bagai nenek nak bagi petua cantik pulak aih. tak da lah saya tak tahu sangat macam mana untuk jadi cantik secara semula jadi.. hahahaha.. 

ok,ok.. apa yang saya jumpa masa duk  meng-google, saya terserempak la dengan khasiat minum air suam diwaktu pagi.. rasa macam, wow bagusnya minum air suam sebelum mengambil apa-apa sarapan.

jika kite meminum air suam pada waktu pagi, ia amat baik untuk sistem penghadaman kita dan dapat mengatasi beberapa penyakit. air suam juga boleh buat kita awet muda tau.kalau tak caya try la amalkan minum pada waktu pagi.

SAM_3529

gambar tanpa make up tanpa edit adalah sebagai perhiasan semata-mata untuk menggambarkan kecantikan semula jadi..tapi yang ni takde la cantik sangat….

 

bagi bibir yang kebiruan macam saya ni pulak, seeloknya amalkan mencalit madu asli dibibir dan biarkan kering untuk beberapa minit seeloknya 15minit sebelum tido. ini kerana madu bertindak sebagai anti-oksida yang dapat mengeluarkan oksida dibibir kita.sebenarnya oxsida ni la yang membuatkan bibir kita nampak kebiruan. saya pernah mencubanya tapi macam takde ape-ape hasil pon.mungkin madu yang ada kat pasaran ni dah bukan madu asli. tulis saja asli.. –_-

ada jugak petua meletakkan ubat gigi dibibir selama 3minit sebelum mandi dapat mengurangkan kebiruan bibir kita. mungkin….boleh la mencubanya.huhu.. dan ada jugak petua memberus bibir semasa menberus gigi dapat memulihkan kembali bibir kebiruan. menurut petua ini, bila kita berus bibir, darah-darah dibibir kita dapat bergerak dan membebaskan oksida.. mungkin jugak. so, boleh la kamu-kmu diluar sana mencubanya… ^_^

p/s: kalau ada info yang salah, dialu-alukan untuk menegur saya…

wassalam…

y??

 

i can’t stop thinking..

thinking n thinking

thinking

thinking

thinking

thinking

thinking

all the topics that across my mind…hurm,,,

time already 3.32 am..

still can’t sleep..

and,

thinking and thinking…

thinking

thinking

thinking

all the situation that i passed a few days ago..

why??

why i’m still thinking??

all of the situations, topics, are doesn’t give any problem to me..

all was passed in good condition..

why i’m still thinking??

all of that not a happiest or saddest things!!!

its’ only typical situation that all of human done..

still thinking………….

thinking for the long term future, short term future…

whatever lah!!!

wei pegi tido!!!!

esok petang kelas!

pagi have a 1000 words must be done in english….

wei tido la wei…..

thinking n thinking….

thinking n thinking…

tidolah!

Mar 22, 2011

patutlah hari ni rasa….

assalamualaikum…

rasa macam nak melaram pegi studio..

Snapshot_20110322_7

tgk, hari ini saya pakai batik malaysia.. mahal lagi tahu.selendang pon selendang yang memang saya suka pakai time melaram saja.. ceria saja pagi –pagi mendung begini. tak tahu pula hari ni n entry sebelum ini ade menyebut-nyebut name si miyah (bukan nama sebenar)

lepas tu,

disebabkan buddy saya hari ini tak datang studio,jadi saye merempat la join je mane2 clasmate sy yang lain pergi jumpe lec.

pegi, pegi, pegi…

 

sampai bilik lecturer..

lecturer pulak takde..

pastu,

otw balik ke studio, ape yang tak dijangka-jangka untuk sem ini,

BUKAN seperti sem-sem lepas. sem-sem lepas lain ceritanya.

terserempak dengan miyah tu.. hanya Allah saja tau bagaimana perasaan saya tika itu. heart beating fast, my head memorize all the old memories that i never recall them back. dan terus muka yang hapi bertukar jadi begini,,

 

 

 

 

 

 

 

 

Snapshot_20110322_11

siapa pandai menganalisis perasaan melalui exspresi muka, silalah analisis muka ini. apakah perasaan budak perempuan ini. adakah gembira bertemu miyah? sedih? kecewa? marah? rasa bersalah? rasa let bygone be bygone?? silalah berteka-teki disini.

 

image

lepas tu, terus ngadap autocad buat lot parking kete. silalah zoom gmbr dibawah tengok jam destop.. sekarang menunjukkan pukul 1.30 petang bermakna time ini adalah time rehat. namun, lepas expresi muka itu berubah, terus jadi rajin serta merta. sekejap saja** –_-

dan terus menulis entry dalam live writer seperti sekarang tapi bukan seperti kamu sedang baca sekarang.faham maksud saya?? ah, buat2 fahamlah. kamu semua bijak-bijak belaka…

oh, kenapa melaram?? sebab si miyah tu memang suka melaram even kluar g beli makanan….bab-bab make up nih bagi kat miyah je la sebab die kan mak andam bertaraf dunia……

ok lah.. expresi kembali normal… wassalam..

p/s: deep down in my heart, i’m still love our friendship that we build for 2years ago. but, because of  your hot-temp, myself privacy, our ego, our stubborn, we never find  our way together back. what i can do for now just pray to Allah for our harmony, successful and grad this diploma on time.. n i pray to Allah please erase my memories about you n me.amin.. “putus kawan ibarat putus tali percintaan..” =’(

Mar 21, 2011

ini bilik saya untuk sem ini

 

assalamualaikum…

kalau sebelum-sebelum ni buat entry pasal bilik dekat kolej kan.tapi sem ini dekat rumah sewa pulak. sem lepas tak berkesempatan nak buat entry pasal bilik sebab ada masalah-masalah tertentu macam,baru je chek in bilik, so tau-tau la tak de barang asas lagi. memang bersepah-sepah la. dah la studio sem lepas memang agak heavy la sebab buat regional. so, untuk sem akhir ini, mari la saya mengabadikan gambar-gambar bilik sem ni. sem depan dah tak de kat cni dah.insyaAllah!!..

duk kat umah sewa ni, takde furniture. semua sdn.bhd. jadi, paham-paham jela.. tido pon atas lantai.al maklum la student mane mampu nak beli kelengkapan macam kat bilik rumah sendiri or kat hostel macam sem 1 – 4..

 

 

SAM_2008

kemas almari solekk..actually, ini alamari biasa tapi saya jadikan dia maja solek.

SAM_2032

 

SAM_2010

diantara meja solek n almari pakaian ada tong sampah biru.

 

SAM_2015

ini pula barang-barang yang ada di bawah almari solek saya.

SAM_2018

kita zoom setiap petak-petak dalam almari ni.

SAM_2019

macam-macam ade..

SAM_2022

kiri tempat letak beg kelas, kanan tempat letak nota sem-sem lepas yang dah tak digunakan.

 

SAM_2024

ini meja belajar saya. semua perabot sendirian berhad tau.

 

SAM_2025

bahagian atas almari nota.

SAM_2026

nota-nota n buku rujukan yang digunakan untuk sem ini.

 

SAM_2027

kotak camera, cd, bla,bla,bla…

SAM_2004

SAM_2013

ni ler tempat i tido. atas toto saja..

 

SAM_2030

lagi lagi meja study.

 

SAM_2031

SAM_2028

okey lah.sampai cini je…

wassalam..

Mar 19, 2011

let’s do the assignments.

 

assalamualaikum….

SAM_3400

for now, I'm still doesn’t have time to write an entry. i wanna  share a lot of stories starting this month till now. Yes, this month have a lot of work to be done. many submissions to be made .. ough…

will have finished work on, I will be spending time here.wow'm anxious to finish these works!!  ~_~

wassalam…

Mar 16, 2011

tiba-tiba saya rasa tersentap sekejap.

 

assalamualaikum…

saya bukan gila followers ok!

tapi, agak tertanya-tanya la kenapa tiba-tiba followers saya berkurang?? sebab blog saya tak sedapkah?? kalau dulu kamu follow saya sebab apakah?? dan kenapa sekarang kamu sudah unfollow pulak?? agak la… agak tersentap r sekejap. nak tahu jugak niat apa kamu follow saya dan unfollow balik? adakah sebab saya tidak follow kamu?? oh!!!! saya bukan senang-senang nak follow orang dan suruh orang follow saya! kalau kamu rasa blog saya sedap, up to you lah nk follow ke tak nak. tapi bila dah follow tiba-tiba tidak itu, ia mendatangkan kemusykilan dalam diri saya. tak kesah la nak follow ke tak.saya buat blog nie pon cuma suka-suka saja.tempat melepaskan perasaan.dan ini adalah perasaan saya sekarang..

 

okeh, sekarang sudah kembali normal sebab tak rugi apa-apa pon hilang followers sebab blog ini bukan untuk siapa-siapa.hanya kepada rakan-rakan sahabat handai yang jauh nak  mengikuti perkembangan saya sahaja… ^_^

wassalam….

busy day, busy month

 

assalamualaikum..

sangat-sangat banyak kerja sekarang.nak cakap betul-betul sibuk tu tak lah.tapi kerja berlambak-lambak nie.tak sempat nak update blog, nak ber-fb lama-lama, nak melalut merapu kt blog, eh bukan-dah-cakap-tadi?? nak jawab tag dari teman,nak join contest hape segale…. T_T yang sempat hanya update status kat fb, cek noti, dan td baru sempat huplod gmbr ke fb…

image

 

kepada pembaca yang setia,, (takpe, saya nak perasan ade jugak pembaca setia..) kamu boleh cek status saya di twitter kat side bar ni.. baru buat public twitter saya tu.sudah setahun lebih bersunyi-sunyi kat alam twitter sekarang baru nak aktif balik.. wuwuwu.. tak de la kamu kesunyian sebab saya tiba-tiba menghilangkan diri di alam blog nie kan?? hehehh..

ok, wassalam..

Mar 7, 2011

terima kasih sebab link ini.. =)

terima kasih kepada mereka ini.saya amat menghargai kerana tersenarai diantara blog-blog yang ada kat malaysia ni..dalam banyak-banyak link, link blog saya pun turut tersenarai dalam blog pilihan blogger ini.. walaupun blog ni hanya la blog mentah, termenyorot dan mengarut tentang saya… =) oh, kepada yang lain-lain pun berterima kasih ya. (kalau ada lah). ^_^
image
list ke 134.. dari blog ini..
dan,,
image
list ke 106 dari blog ini..
dah, dah pegi sambung buat silde presentation untuk esok!
wassalam…

Mar 5, 2011

jom focus pada pelajaran.

 

assalamualaikum…

saya sedang marah nih. dan sekarang banyak kerja. bertahan anis, bertahan. lagi sebulan setengah saja lagi nak berdepan dengan makluk-makluk penting diri sebegitu rupa.sabar-sabar… istigfar banyak-banyak…

macam macam karenah hal n sebagainya. adoi.. kerja pun banyak. studio, sosial, rural, environment, law.. fuh!! focussssss….. okeh!. chayok chayok anis! u can do it! nike  farahanis… hahahaha..

jom face to subjek-subjek sedemikian dalam masa sebulan setengah ini. =)

  • final design project (studio planning)
  • final study (thesis)
  • social perspective in planning
  • environmental studies
  • planning legislation and procedures
  • housing study II
  • rural planning II

 

 

Snapshot_20110301_4

ini muka geram + takut dan terpaksa bertahan.  ok. jom senyum dekat webcam ini.. muach! !

ok, wassalam..

skinz welcome to my life.

assalamualaikum..


ini muka tanpa make up. selepas basuh muka dengan pencuci muka n toner skinz. (lighting tak cukup.gmbr ditengah malam didalam bilik )

sebelum nih saya guna pencuci muka dan set safi balqis. tapi safi ni mcm lembut sket untuk kulit saya.maknenye effect die tu kurang sket lah.. tengah tahun lepas promoter dalam tesco yg kat bahagian health n beauty mengsyorkan saya produk skinz.yup! sangat berkesan. (saya pecaya dekat promoter koz maksedara saya pon promoter jugak.promoter biore.) 1st time pakai mmg best!! lepas tu akak saya pun cakap muka saya dah nampak licin sket. bila dah lame pakai, rasa macam kulit tegang plak.tapi ok je. tadi, saya duk bercakap-cakap dengan promoter kat watson. ok, saya memang suka watson. ^_^ promoter tu cakap rasa tegang sebab kurang moisture kat kulit.ye la perak tengah ni memang panas.. so, die syorkan saya bli moisturizer skinz. saya memang berpuas hati dengan skinz ni. memang best lah koz memang sesuai untuk kulis saya. so ape lagi borong la set skinz nih.huhu..
SAM_1957
watsons!

SAM_1961
SAM_1970
SAM_1980
facial foam.. murah saja.saya beli yang besar sebab kat seri iskandar takde watson.terpaksa pergi tesco or jj ipoh. saya mula dengan botol kecik. lepas tu kesan dia memang sangat baik dan saya dah pkai facial foam ni selama 7bulan. memang sesuai dengan jenis kulit saya.

SAM_1976
lepas pakai facial foam, nak bagi liang pori-pori kulit tutup, apply toner ini. 1st time dulu pon promoter tu suruh bli toner sebab promoter tu cakap kulit muka saya sesuai pakai toner brand ni.time tu tak cube lagi.cuma try facial foam je. yang kulit kawan saya tu pulak die syor pakai toner brand lain sebab kulit kami berbeza.

SAM_1972
ini moisturizer day cream.ada uv protection. lepas pakai toner, pakai day cream ini. lepas tu blh apply compact powder n make up lah.. ni pon bru nk cube. yg nite cream tak beli lagi koz yg safi masih banyak..

SAM_1967
dan last skali hand n body lotion. saya ni memang jenis tak pakai lotion.tapi bila dah ade orang menyedari kulit tangan saya agak kasar kerana kering, dia cadangkan saya beli lotion. mulanya tak tahu nk beli lotion ape. dah amik dah lotion johnson & johnson punya.  saya tanya la promoter tu, yang mana lagi baik, promoter cakap, JnJ ni sesuai untuk kulit bayi.. kulit saya ni dah tahap kulit anak gajah so seeloknya pakai brand orang dewasa la.so, die cadangkan beli lotion skinz.saya pon memang bekenan dengan skinz kan.saya pon tukar la pada skinz. yang ni ada uv protection and whitening skali. harga pon berpatutan.

saya penah beli barang-barang seumpama ni brand yang agak branded and mahal la.tapi tak berhasil dan merugikan saja. bila pikir balik, kita pkai sesuatu produk bukan atas dasar nama atau harga produk tu, tapi atas dasar kesesuaian kulit kita dengan produk yang kita guna. so, brand produk bukan untuk menunjuk-nunjuk ini melibatkan kesihatan badan kita.kalu nak menunjuk kamu pakai branded punya brang, boleh la nk menunjuk melalui barang-barang maca kasut ke, beg ke, baju ke tu takpa la koz die takde kesan kat kamu. jangan sebab nakkan branded, sanggup beli yang “pasar malam” punya produk.bahaya tu boleh menyebabkan kesan sampingan yang agak teruk.

sebelum terlupa, saya ada terbaca satu artikel menyatakan umur dalam lingkungan 20-an seeloknya elakkan memakan produk untuk orang yang berumur sebab dia ade bahan yang boleh menegangkan kulitkan.. tegangkan kulit tu hanya unutk orang yang berumur yang sel-sel kulit dia dah banyak mati n berkedut. bagi muda mudi yang umur 20-an ni kulit masih lagi dalam keadaan yang baik dan dapat menghasilkan sendiri bahan unutk tegangkan kulit.so hindari la pkai produk untuk aging sbab die boleh menganggu daya kulit kita tu.macam tu la kot.nak lagi sah, google sendiri.

ok lah itu saya nak berkongsi.. nite..
p/s: ok,sekarang saya sudah boleh menggantikan Charmaine Sheh Sze Man pelakon Hong Kong sebagai duta produk skinz.. hahaha..
wassalam…

handmade bracelet..

 

assalamualaikum…

hari tu saya telah buat sendiri gelang tangan..saja-saja testing balik kreativiti saya yang sudah lama berhabuk tak guna nih.. dulu siap ada beg penuh dengan tools and bahan-bahan lagi nk buat ape-ape jenis kraf tangan.biasanya daripada kertas lah.. i love to  play with the papers n scissor!! ^_^ tapi sekrang dah up sket gune paper clay..hehe.sy tak pndai sangat gune paper clay nih.maklumlah dah bertahun tinggal hobi lama nie… –_-

 

SAM_1907

ini paper clay..

 

SAM_1905

canai-canai n terap jadi macam ini.

 

SAM_1910

lepas tu kalerkan gune acrylic color.

 

SAM_1923

lekat beading bentuk butterfly..

 

SAM_1926

masukkan beading halus dalam wire..

 

SAM_1929

tada!!! agak keras sebab malas nak buat wire ring yang macam bracelet biasa tu sebab saya kekurangan tools macam playar n sebagainya..

 

SAM_1933

SAM_1939

paper clay ni kene bakar nk bagi keras.tapi sy takde tmpat membakar.so wt hiasan je la.huhu..

wassalam..