Mar 5, 2011

skinz welcome to my life.

assalamualaikum..


ini muka tanpa make up. selepas basuh muka dengan pencuci muka n toner skinz. (lighting tak cukup.gmbr ditengah malam didalam bilik )

sebelum nih saya guna pencuci muka dan set safi balqis. tapi safi ni mcm lembut sket untuk kulit saya.maknenye effect die tu kurang sket lah.. tengah tahun lepas promoter dalam tesco yg kat bahagian health n beauty mengsyorkan saya produk skinz.yup! sangat berkesan. (saya pecaya dekat promoter koz maksedara saya pon promoter jugak.promoter biore.) 1st time pakai mmg best!! lepas tu akak saya pun cakap muka saya dah nampak licin sket. bila dah lame pakai, rasa macam kulit tegang plak.tapi ok je. tadi, saya duk bercakap-cakap dengan promoter kat watson. ok, saya memang suka watson. ^_^ promoter tu cakap rasa tegang sebab kurang moisture kat kulit.ye la perak tengah ni memang panas.. so, die syorkan saya bli moisturizer skinz. saya memang berpuas hati dengan skinz ni. memang best lah koz memang sesuai untuk kulis saya. so ape lagi borong la set skinz nih.huhu..
SAM_1957
watsons!

SAM_1961
SAM_1970
SAM_1980
facial foam.. murah saja.saya beli yang besar sebab kat seri iskandar takde watson.terpaksa pergi tesco or jj ipoh. saya mula dengan botol kecik. lepas tu kesan dia memang sangat baik dan saya dah pkai facial foam ni selama 7bulan. memang sesuai dengan jenis kulit saya.

SAM_1976
lepas pakai facial foam, nak bagi liang pori-pori kulit tutup, apply toner ini. 1st time dulu pon promoter tu suruh bli toner sebab promoter tu cakap kulit muka saya sesuai pakai toner brand ni.time tu tak cube lagi.cuma try facial foam je. yang kulit kawan saya tu pulak die syor pakai toner brand lain sebab kulit kami berbeza.

SAM_1972
ini moisturizer day cream.ada uv protection. lepas pakai toner, pakai day cream ini. lepas tu blh apply compact powder n make up lah.. ni pon bru nk cube. yg nite cream tak beli lagi koz yg safi masih banyak..

SAM_1967
dan last skali hand n body lotion. saya ni memang jenis tak pakai lotion.tapi bila dah ade orang menyedari kulit tangan saya agak kasar kerana kering, dia cadangkan saya beli lotion. mulanya tak tahu nk beli lotion ape. dah amik dah lotion johnson & johnson punya.  saya tanya la promoter tu, yang mana lagi baik, promoter cakap, JnJ ni sesuai untuk kulit bayi.. kulit saya ni dah tahap kulit anak gajah so seeloknya pakai brand orang dewasa la.so, die cadangkan beli lotion skinz.saya pon memang bekenan dengan skinz kan.saya pon tukar la pada skinz. yang ni ada uv protection and whitening skali. harga pon berpatutan.

saya penah beli barang-barang seumpama ni brand yang agak branded and mahal la.tapi tak berhasil dan merugikan saja. bila pikir balik, kita pkai sesuatu produk bukan atas dasar nama atau harga produk tu, tapi atas dasar kesesuaian kulit kita dengan produk yang kita guna. so, brand produk bukan untuk menunjuk-nunjuk ini melibatkan kesihatan badan kita.kalu nak menunjuk kamu pakai branded punya brang, boleh la nk menunjuk melalui barang-barang maca kasut ke, beg ke, baju ke tu takpa la koz die takde kesan kat kamu. jangan sebab nakkan branded, sanggup beli yang “pasar malam” punya produk.bahaya tu boleh menyebabkan kesan sampingan yang agak teruk.

sebelum terlupa, saya ada terbaca satu artikel menyatakan umur dalam lingkungan 20-an seeloknya elakkan memakan produk untuk orang yang berumur sebab dia ade bahan yang boleh menegangkan kulitkan.. tegangkan kulit tu hanya unutk orang yang berumur yang sel-sel kulit dia dah banyak mati n berkedut. bagi muda mudi yang umur 20-an ni kulit masih lagi dalam keadaan yang baik dan dapat menghasilkan sendiri bahan unutk tegangkan kulit.so hindari la pkai produk untuk aging sbab die boleh menganggu daya kulit kita tu.macam tu la kot.nak lagi sah, google sendiri.

ok lah itu saya nak berkongsi.. nite..
p/s: ok,sekarang saya sudah boleh menggantikan Charmaine Sheh Sze Man pelakon Hong Kong sebagai duta produk skinz.. hahaha..
wassalam…

No comments: