Apr 13, 2011

kelisa silver

 

assalamualaikum…

first of all nak mintak maaf kepada sesiapa yang memiliki kereta kelisa silver ini kerana entry ini agak menyentuh hati dan perasaan.

sebagai pemandu, saya mempunyai persektif terhadap kereta ini. sebabnye, kelisa ni kecik, body die pon macam beralun-alun. camne nak cakap eh. saya pun tak reti nak terangkan. begini, kancil, body die cam straight x de lengkuk-kengkuk macam kelisa. kelisa pulak ade lekuk-lekuk kan. kancil tu ibarat seorang perempuan yang takde bentuk badan means straight je. kelisa pulak macam perempuan body yang lawa gtu. ( no offense, or sexual harassment) saya ada dua kes terhadap kete ni.

 

kes pertama

pada waktu malam yang sunyi lagi sepi, seekor kelisa silver telah paking dibawah cahaya lampu jalan mmg betul betul bawah lampu. kiranya kereta tu paking dibelakang kereta sayalah. die paking kat bahu jalan kiri, (paking sisi) saya pulak paking di tmpat lot paking kete (45darjah) depan kedai jalan belah kanan. so, masa saya nk berundur keluar, seriously saya tak nampak kereta kelisa tu sbb cahaya telah menyamarkan kereta tu!! saya tak nampak! saya sedar kereta kete tu ade kat ctu lps kete saya “mencium” body kete kelisa tersebut. takot wei!! tkot jd pape kat kete tu mampouih hamba nih. seb bek takdak orang, pastu tengok-tengok kete, xde pape, trus jalan. peh! saya akui itu salah saya. tapi warna kereta tu telah membuat kete tu macam “invisible” kat bawah lampu jalan tu.

kes kedua

pagi yang hening tapi matahari sudah tegak diatas kepala, di jalan yang bercabang tiga dalam perumahan saya ni, saya dah stop nk tengok kiri dan kanan jalan then trus la jalan kejalan kemahuan lagi benar. tetibe, saya dengar ade org hon kete saya berulang-ulang kali. so saya tgk la cermin tgh, tengok-tengok kete kelisa silver. peh, memang aku tak nampak kau walaupun kete kite sama-sama slow sbb kawasan perumahan yang ada banggol-bonggol.  n memang salah aku. tapi hon skali dua ckup r tak yah r berkali-kali kan. ape yg menyebabkan aku tak nampak kete tu  adalah, sebab cahaya, warna kereta n body die. ble kat bawah matahri, body die yang lengkuk-lengkuk tu umpama silauan matahari ditengah panas. ala, kalau korang tengok jalan tar kat tengah-tengah panas kan nampak macam ade air-air. ha…. camtu la saya nampak time tu. mcam takde kete..

saya sebagai pemandu yang mempunyai masalah silau mata ni amat la  terkilan kenapa la kereta tu warnanya seakan-akan invisible…. sedih pon ade gak. mane la tau kan kalau seseorang tu mengalami masalah yang sama seperti saya tetibe nak ngelak lubang tapi tak nampak kete kat tepi mesti dah berlaku bende yang tak diingini kan. walaupun perkara kecik.

apa yang saya dapat perhatikan, kaler silver  tu berkemungkinan ada tone warna die kot. sebab saya tengok kereta toyota yang kaler silver warnanya agak pekat dan tidak la nampak invisible sangat. die seakan-akan ada canpuran putih pulak. yang tu boleh diterima lagi sebab saya dapat lagi kesan kehadiran kereta warna tersebut. tp yang invisible ni maaf lah. saya memang tak nampak walaupon kesalahan dari segi undang2 tu adalah salah saya.

 

so, saya berharap, kalau nak pilih warna kereta tu berhati-hati lah. takut nnti menyusahkan diri mahupun pengguna jalan raya yang lain. saya tak bermaksud jgn guna warna silver invisible. itu hak anda. ini adalah sekadar pandangan seorang insan biasa saja..

 

wassalam…

No comments: