Apr 3, 2011

my psychological illness came again…

 

tolonglah. sakit sangat bila perasaan itu datang..

kenapa aku harus lihat dan berimaginasi??

Untitled

bukan aku tak suka, tapi aku takut..

 

Selachophobia.= takut kepada shark

Ichthyophobia.= takut kepada ikan

Aquaphobia= takut kepada air. (bila air sentuh kepala  time mndi, terus ingat kat ikan.. sangat menakutkan!)

dan yang sebetulnya adalah saya takut akan undersea life yang cantik-cantik, yang besar-besar tu.. walaupun sume tu cantik n besar, saya tetap takut apabila bende tu duk dalam gambar atau orang melukisnya atau replika, atau ada batu-batuan di sungai atau pantai yang menyerupainya.

  1. kalau saya berada di sungai dan nampak batu-batuan seperti ikan saya takkan mandi kat kawasan tu.
  2. kalau ada mural kehidupan laut ni kat lorong-lorong atau dinding-dinding mana-mana bangunan saya takkan lalu disitu mahupun mendekatinya atau memandangnya!!
  3. saya takkan tengok gmbar kehidupan laut yang ada dekat page yahoo mail dan saya  terus proceed ke page yang saya kehendaki.
  4. saya akan langkau gambar-gambar itu apabila tengok gambar tag di profile rakan-rakan
  5. saya takkan taip “kehidupan laut” di google image. peh! haram aku wat mende tuh.
  6. saya akan buang segala bentuk atau gambar bende tu yang ada dalam bilik air saya
  7. saya takkan masuk dalam bilik air yang mozek atau marmarnya ada gambar bende tuh.
  8. saya takkan masuk dah under water world di langkawi tuh! (mase kecik-kecik dulu saya pernah masuk tapi saya pengang baju umi n pejam mata rapat-rapat!!)

 

jika saya terpandang bende tuh sume, ini impaknya,

  1. saya tak boleh mandi dalam bilik air sorang-sorang. sebab nanti saya bayangkan bilik air tu adalah deep blue sea yang sangat luas dan menakutkan tiba-tiba duk sorang-sorang kat citu. sume toiletris akan bertukar mnejadi ikan yang comel tapi menakutkan!!
  2. tak boleh mandi dengan air sejuk. nanti saya akan teringat n terbayangkan ikan yang ganas dalam laut.
  3. tak boleh tutup mata ketika mandi nanti saya terbayang banyak gile ikan bear-besar mengelilingi saya. weh! takut weh!!
  4. tak boleh tutup pintu ketika mandi sebab bila bukak pintu, bermakna daratan dekat dengan saya tak lah saya duk dalam laut yang menakutkan tu.
  5. tak boleh air kena kat atas kepala. kalau kena, semua bayangan tu datang dan itu menakutkan!!!
  6. saya tak boleh mandi dengan keadaan bilik air yang malap mahupun gelap. wajib bukak lampu walaupun disiang hari.

the conclusion is,, sebab tu la saya suka kucing, hello kitty sebab kucing makan ikan. dan saya akan makan ikan banyak-banyak supaya ikan itu habis kat laut hahahahaha… sangat sangat childish!. tapi saya tak takut kalau pergi dekat pantai atau mandi pantai atau snorkelling sebab benda itu adalah realiti dan bukannya lukisan atau gambar atau bayangan yang menyerupai mereka.. =))

penyakit ni datang lagi pada usia tua saya nih. dah lame sebenarnya saya mengelak bende tu semua sejak saya naik sekolah menegah. tapi kali ni datang lagi apabila saya nak pergi bilir air dekat j.j ipoh yang groud floor punya dan baru je 3 langkah melalui lorong tu, terus terpandang kat dinding. peh! besar siot gambar-gambar mengerikan tuh. memang aku patah balik pergi tandas tingkat atas lah.

pernah satu ketika akak saya melukis ikan guna tooth paste dekat dinding bilik air dan saya terpaksa mandi di bilik mandi yang lain. dan pernah saya terus keluar dari bilik air bila kakak saya mengusik dengan menyebut ikan,,,,, ikan,,,, time saya tengah mandi. hampas nyor betul la… penah saya selalu menangis time kecik-kecik dulu sepanjang tahun bila nak g dapur atau makan dekat meja makan sebab umi saya gantung kalendar tnb yang bertemakan gambar kehidupan laut pada tahun tersebut di meja makan dekat laluan ke dapur.. sedih, betullah..

 

12-01-05_2104

nasib baik la saya pergi jj dengan my savior semalam dan semalam la kes tu berlaku. nasib baik aku sempat pandang dinding tepi aku kalau dah tengah lorong tuh memang aku akan duduk dan menangis la kat lorong tu.. nanti orang ingat aku buat drama free kat ctu plak. peh..

sound like ridiculous n funny rite! but this is true n serius.

wassalam..

2 comments:

a n o n said...

haha. jahat nya akak awak tu ye. lukis ikan guna toothpaste kat dinding. kah kah kah.

anis said...

enkau lar yang jaat sngt tuih! tuih!!!