May 8, 2011

hai saya bosan sekarang


assalamualaikum,
duk belek-belek folder gambar dalam external hardisk rasa nak upload dalam blog lah.


SAM_5765
dipagi hari minggu lepas kami sekeluarga iaitu abah umi akak n saya balik ke kampung halaman kami di Kelantan.

balik untuk mengemas halaman rumah kami disana.

selepas berkemas, kami terus la balik Terengganu. sebelum bertolak balik, hajat dihati nak la mandi n bersihkan badan dari peluh duk cabut-cabut rumput kan. skali air kat rumah nenek tak dak la pulak. kitorang pon decided la mandi kat masjid otw balik Terengganu. sebelum tu pulak, kitorang berhenti la kat kedai runcit di tepi jalan. saya dengan berpakaian berkebun, tudung pon men sauk pkai je, slipar jepun, sluar slek, n memang slekeh gila ah. ngan berpeluh-peluh, turun la dari kete disuruh beli air and sabun mandi. Almaklum la saya sorang je yang nampak kemas sket dalam kete tu… kehkehkeh. masuk kedai tu, saya pon mintak lah sabun sebuku dari pakcik kedai tu kat kaunter. Pastu die cakap, “ sebuku je? tak mandi lagi ke dari tadi? kesiannye dah ni mesti takdok duit kan?. hehehe” amboih pakcik, mentang-mentang la aku pakai slekeh, kau ketawakan aku pulakkan. sebab kau tak nampak aku turun dari kereta apa kan. kalau kau nampak, mesti kau tak perli aku takdak duit kan?? ah! menyirap kejap darah aku. tapi still cool la. yang bestnye, air botol besar revive n sebuku sabun lux hanya rm2.50 je. hahaha. mesti sebab die kesian kat aku kot.. hehe.

SAM_5773
otw, dah sampai jerteh ada speed track n saya berjaya menangkap polis yang jaga speed track tu. haha!

SAM_5783
dimasjid…anak sapa entah. saya duk tunggu umi n akak saya mandi kat kusi masjid, dengan selambernye budak ni duk sebelah aku. rapat kot…. pastu duk bukak gula-gula dpan aku. kamu nak bagi dekat kakak kah gula-gula tu????  -_-’’’

SAM_5775
disebabkan saya ni pantas sepantas kilat bersiap semayang semua, saya pon duk tunggu la family saya dalam kete. so, saya duk belek-belek la keychain yang saya baru beli dari junior skolah saya dulu..

SAM_5776
ini dia, pyslla handmade dari junior skolah saya… kalau sapa-sapa berkenan, terjah la blog dia.. ^_~  cantik cantik tau. saya pon baru tau blog dia nih, click sini. tata!~

wassallam…

No comments: