Oct 21, 2011

are you ‘eat’ enough?

assalamualaikum,

 

adakah anda makan mencukupi untuk memberi tenaga terhadap tubuh badan anda?

167693_186284308071122_100000686637697_480901_185678_n

aku?? aku rasaaaaaa, cukup dah. tipu! belum cukup lagi sebenarnya. ok lah, straight to the point, selang beberapa hari lepas aku boleh pitam depan pintu dapur sebab terlalu lemah. seriously aku langsung tak lapar. nak tengok makanan pun taknak seharian tu. so, kerje aku online 24hours jelah.sampai la tengah malam, aku terasa sedikit lapar. sedikit je.so aku makan jemput-jemput then, aku terasa sangat-sangat lemah. belum sempat aku habis menumis bawang untuk buat nasi goreng malam-malam buta aku dah terbaring kat lantai. nasib baik sempat tutupkan api kat dapur. time tu aku rasa macam, eh aku dah nak mati ke?? ni ke sakratul maut?? sakit weh.seluruh badan dari kaki sampai ke kepala rasa seram sejuk and sengal-sengal tambahan pulak tekanan darah rendah. mungkin tu simptom simptom orang kebuluran.. =.=’’’’’ then aku mintak akak aku tolong buatkan air milo and bawakkan sebuku roti. aku makan tak habis.semua separuh-separuh. yang aku nak time tu hanya tido. aku rase macam body aku automatic shut down.low batry. kene recharge. huh..

(-_-!)

SAM_9397

pagi esoknya aku bangun, body aku tak seketar semalam dah. dah boleh bangun, siap-siap pergi kerja. tapi aku tahu tenaga simpanan yang ada ni tak cukup untuk aku tampung sampai lunch.so aku siap-siap beli roti, susu kotak and sebagai tambahan aku beli snickers. yes, snickers, dapat beri tenaga tambahan pada badan kita.

stat pada haritu, aku dah kena jaga time makan aku. actually ni bukan kali pertama aku kena. dari aku kecik sampai la sekarang aku memang mempunyai appetite yang rendah. selalu kebuluran padahal makanan besepah-sepah kat dapur. kalau kat umah memang aku kene lecture la dari mak aku. so, sekarang dah hidup sendiri. ni pun nasib baik duk dengan kakak. kalau betul-betul duk sorang aku kena pastikan setiap masa aku kena makan. kalau duk seri iskandar dulu rajin-rajin jugak aku beli makanan sebab aku tahu aku banyak duk rumah sorang-sorang koz aku punya course time tu tak banyak kelas… housemates sume gi kelas aku duk membuta lagi kat atas tilam.. n_n’’’ 

yang paling aku tak suka adalah makan nasi. entahlah. aku pun tak tahu. bila duk rumah, tak apa lah nak makan sekali 2hari pun.bila duk sendiri-sendiri kena rajin-rajin la makan nasik.banyak tenaga perlu digunakan. berat badan aku sekarang pun dah jauh sangat turun. kalau orang lain obesiti, aku?? hemmm…. kurus-kurus sangat pun tak best jugak. cepat sejuk. pastu sekeping je…. muka memang nampak tembam sebab lemak kat muka tak turun-turun. makan pun lemak bertambah kat pipi.. what the face… (-_-)

 

so, kalau terlalu aktif bekerja and korang jenis macam aku tak lalu makan, aku sarankan korang makan la tenaga tambahan ni,,

 

PowerBarPlus power bar.

 

31867788

power gel.

 

actually, power bar and power gel ni atlit-atlit yang selalu makan. tapi boleh je kita-kita yang aktif melakukan kerja hari-hari ambil benda ni…halalan toyyiba ye. ada yang ber kafein ada yang tak. aku prifer non kafein sebab aku alah dengan kafein bila ambik dalam quantiti yang banyak. so langkah selamat tak payah amik kafein dalam pemakanan.

 

power bar and power gel ni agak mahal la around rm7 –12 kot. ala, snicker pun dah cukup okay. ^_^

apa-apa pun, sarapan adalah sangat penting bagi semua orang tahu. amik la sarapan ye semua.jangan jadi macam aku, ayam mati diatas beras. eh, betul ke peribahasa nih?? hentam je la….

wassalam…

No comments: