Oct 6, 2011

nafsu

 

7 peringkat nafsu dalam diri manusia:

1. Ammarah iaitu bagi mereka yang sentiasa menghampiri maksiat, terlalu gembira bila mendapat nikmat, dan terus berputus asa bila diuji. Mereka tak sedih dan tak akan menyesal jika berada di dalam maksiat dan kejahatan.

Contoh : Seorang wanita yang mengaku sebagai seorang yang beragama Islam tetapi bangga apabila tidak menutup aurat. Dia tahu hukum menutup aurat itu wajib tetapi tidak pernah berasa berdosa bila tidak memakai tudung atau apabila memakai pakaian jarang...


2.Lawwamah iaitu bagi mereka yang kadang-kadang terjebak dengan dosa tetapi sering menyesal dengan perbuatannya itu. Dia sentiasa berusaha untuk berubah tapi kadang-kadang tidak dapat mengelak godaan syaitan. Kadang-kadang, manusia bernafsu Lawwamah ni akan terdetik di dalam hati mereka untuk berasa riya’ bila melakukan sesuatu kebaikan.

3. Mujahadatunnafs ~Jihad melawan nafsu. Sebenarnya, nafsu jahat dan iman sering berlumba-lumba untuk memenangi kita. Kita manusia, Allah kurniakan akal jadi buat la pilihan dalam melakukan amar makruf nahi mungkar..Maka, pergunakanlah akal pemberian Allah ini dengan cara yang paling waras.Bagi kita melawan nafsu lawwamah ni la nafsu yang perlu kita sematkan..

4. Mulhimah. Peringkat ini boleh dicapai bila manusia tu dapat melawan nafsu Lawwamahnya dengan bersungguh-sungguh untuk menyucikan hati. Biasanya, mereka ini memiliki sifat takut, syukur dan bertawakkal kepada Allah yang sebenar-benar, bukan hanya enak melafazkan kalimah syukur dan tawakkal di mulut sahaja. Taubat mereka pun merupakan sebenar-benar taubat. Bukan on off macam tu je dan akan sentiasa berterusan...

5. Mutmainnah iaitu peringkat nafsu yang pertama yang diredhai Allah swt dan layak memasuki syurga.

"Orang yang memiliki nafsu Mutmainnah ni memiliki sifat pemurah yang amat sangat. Wang di tangan mereka tak pernah lekat kerana kerapnya bersedekah. Mereka juga kuat beribadah dan memiliki taqwa yang sebenar iaitu takut dan harap keredhaan-Nya

6. Radhiah. Mereka yang berjaya sampai ke peringkat nafsu ini mempunyai hubungan dengan Allah yang dekat. Mereka mengenali zat-zat Allah dengan kenal yang sebenar-benarnya. Yang paling hebat, mereka tidak pernah takut akan bala dan tidak tahu gembira pada nikmat, yang mereka kenali ialah keampunan dan redha Allah sahaja.

7. Mardhiyah, iaitu orang yang memiliki peringkat nafsu ini mempunyai hati dan jiwa yang benar-benar sebati dengan Allah SWT dan yang paling penting, setiap perbuatan mereka pasti telah diredhai Allah.

Contoh :wali-wali Allah ini dianugerahkan dengan kelebihan memiliki firasat yang tinggi.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang mafhumnya; Takutilah akan firasat orang mukmin, sesungguhnya mereka melihat dengan nur(petunjuk) Allah SWT. [Riwayat At-Tarmizi]

Sabda Rasulullah SAW:

Puasa 'Asyura akan menghapuskan dosa setahun yang lalu. [Riwayat Imam Muslim]

Moga Allah terima taubat hamba-hamba yang suka meminta-minta tapi tidak pernah lupa untuk bersyukur pada-Nya!

 

 

sumber: sea_lavender

No comments: