Nov 11, 2011

noktah


assalamualaikum..


cukup setakat ini apa yang terakam
cukuplah segala apa yang diluahkan
memang benar perpisahan menyakitkan
apakan daya hidup harus diteruskan

bukan sekadar kata-kata tapi penuh bermakna
disini kan menjadi saksi dan wakaf tinggalan lama
tika rindu menyelubungi hadirlah bersua
tiada lagi penulisan mahupun gambar bahagia

coretan kehidupan penuh bercampur
kerana diri tak tersusun dan hancur
dalam tak seperti apa yang ada diluar
tak pandai menulis mahupun berkata benar
kerana diri tak seindah apa yang dikhabar

dapat memberi tangan bantu menolong
mengenali yang lain yang disengani
memang gembira melihat bahagia orang
yang terkenal memang baik hati

diri harus dibaiki lagi
bukan sekadar membilang angka dibalik usia sendiri
tapi harus belajar mahirkan diri
bukan sekadar belajar tapi amal ilmu amali

apa yang tersirat haruslah disurat
kerana tak mahu hidup melarat
jauhkan caci hina yang maha hebat
kuburkan saja apa yang tersulit
supaya semua menjadi tenang dan terselamat

noktah sahaja kubur akhirnya
cukuplah saja semua disini
kerana akan ada yang terbaik disana
cukuplah saja mengenali diri ini
apa yang tidak tertulis bertulis jua akhirnya

jun sebagai permulaan november pengakhirnya
disini ramai yang tidak jujur mengikat tali
kerana mahu habuan sebesarnya
membuat busuk sengaja membaling tahi

si pendiam dan selalu menyinggah amatlah dihargai
kamulah saja penguat hati
maafkan apa yang telah terjadi
kerana semua adalah yang diingini
sekian saja sampai disini.


wassalam.

2 comments:

nuruashia ♥ said...

amat bermakna kata2 mu hek9!~

anis said...

itu pasti..eceh ceh.. hehehe..