Feb 27, 2012

awan tenang.

 

awan, kau setia.

berdiri megah diatas menara.

tinggi. tak siapa dapat menggapaimu.

 

awan, kau berarak pulang perlahan-lahan.

meninggalkan titisan dikawasan tertentu.

 

awan, kau tak tahu kesibukan kota

kau dicemari. namun masih gah terbentang.

kau tahu, si pencari ketenangan amat memerlukanmu.

didalam kesibukan kota,

mereka terkapai-kapai mencari ketenangan.

 

hidup ibarat merpati

terhimpit-himpit didalam sangkar.

tinggi bertingkat berlubang sempit.

sekadar dapat menghirup habuk bahaya

 

awan, apa yang mereka inginkan adalah ketenangan.

melihat kau lapang didada langit.

melitupi biru putih diangkasa.

tanpa siapapun tahu,

si pencari ketenangan berjaya mencari tenang.

kerana kau diatas sana.

membuka ruang diminda tenang.

No comments: