Feb 27, 2012

hati-hati kami.

 

satukanlah hati-hati kami,

lembutkanlah kekerasan yang hadir didalam hati,

maafkanlah sengketa lama,

berikanlah jalan yang benar dan diredhai,

kuatkanlah hati-hati yang lemah,

berikanlah kesedaran pada yang lena,

buangkanlah keegoan yang menebal dikalbu,

lahirkanlah rasa keinsafan,

pohonkanlah kebahagiaan,

 

ku berharap.

ku memohon.

aku pasrah akan ketentuan-Mu..

Presentation1

dahulu,

aku nampak sinar yang terang.

dalamnya, kami bahagia.

tanpa siapa duga,

sinar itu diselubungi asap hitam.

hadirnya sekejap.

memorak peranda harmoni

hilang.

tiba-tiba,

aku lihat sebaris sinar yang sangat halus

berjaya menembusi asap itu.

namun,

diantara kami berasa selesa bersama asap.

kami memohon,

agar sinar itu kembali

kami berharap,

tiada secebis pun asap yang tinggal

diantara kami.

aku memohon kepada yang maha Esa.

hadirkanlah sinar dahulu.

agar harmoni sentiasa disisi kami.

hanya padaMu,

kami memohon dan berharap..

No comments: