Feb 27, 2012

selesai sudah tugasnya.



pagi itu, aku terbaca.
aku hanya respon pendek.

tengah hari, jiwa tak tentu arah.
tidak senang duduk, pesanan ringkas dihantar..

petang pula,
tanpa disedar, air mata mengalir lembut dan berjuraian dipipi.
di tempat duduk penumpang.
zikir-zikir memuji Allah diradio menjadi halwa telinga.
ah! hati masih lagi berkeras.
walhal perasaan yang sama telahku lalui pada maulidur rasul setahun lepas.
nada dering BB kakak dan perkataan yang keluar dilidahnya membimbangkan lagi rasa.
hendak saja pandu pulang saat itu.
mahu menaiki bas sudah lambat. kerana pakaian tidak lagi dikemaskan.

dini hari berikutnya,
serba tak kena. pandu tenang menuju ke negeri sendiri.
panggilan dari umi dijawab.
sungguh tidak suka suara umi begitu.
berita yang disampaikan melahirkan rasa pasrah dan meredhai..
air mata masih lagi tiada. jika boleh, tidak mahu ianya hadir lagi dipipi.

namun,
text yang tertera “ alang, abah dah tade..”
telah menyelak tabir memoriku.
segala flashback bermain dianak mataku
seumpama wayang sedih dimata sendiri.
segala aksi diatas perhubungan kekeluargaan telah berputar.
hanya sedetik, segalanya hadir.
beliau umpama ayahku sendiri!

air mata berjuraian jatuh lembut mengalir dipipi lagi.
apa yang termampu adalah meredhai pemergiannya..
kehilangan seseorang didalam keluarga telah merubah seluruh corak kehidupan keluarga tersebut..

beliau sudah melangkah kealam seterusnya.

jangan bersedih,
kita semua akan mengorak langkah kesana jua.
Tuhan telah menjanjikan tempat yang hakiki dan penuh kebahagiaan disana kepada hambaNya yang patuh pada perintahNya.

semoga beliau ditempatkan ditempat golongan orang-orang yang beriman..Amiin..

No comments: