Feb 27, 2012

sesuatu

 

angin,

kau bawakan sesuatu untukku bersamamu.

ia tak dapat dilihat malah ia tidak dapat melihatku.

aku menyukainya. terima kasih angin.

aku tahu,

ia takkan mungkin wujud didunia nyataku.

aku hanya bermain bersama bayangan.

 

angin,

dia sudah pergi.

pergi ketempat yang lebih tinggi.

aku sedih angin.

aku tahu,

dia bukan milikku dialam ini. =’|

tapi….

aku betul-betul sukakannya.

 

angin,

aku sendirian.tiada apa yang dapat menghiburkan hatiku.

aku sering terluka.

aku ingat, mereka dapat menggantikan apa yang kau pernah bawakan untukku.

namun,

tidak.

 

angin,

aku tak tahu, kemana kau bawakan ia pergi.

aku tak menanti.

kerana aku tahu,

aku bukan siapa.

tapi,

aku jumpa sesuatu.

seumpama apa yang pernah kau bawakan untukku dulu.

aku mencari,

dan cuba untuk terus mengenali.

 

angin,

kau bawanya kembali padaku.

malah lebih baik dari sebelum ini.

terima kasih angin.

 

angin,

aku mahu katakan sesuatu,

apa yang kau bawakan padaku ini adalah air.

air sangat baik.

air selalu menolongku.

ia membuat tekakku sentiasa basah.

air sentiasa disisiku.

ia juga sangat menyukaiku.

terima kasih. =)

No comments: