Oct 6, 2012

sejujur rasa

 

sejujurnya, rasa itu telah pergi.

tak rasa lagi manisnya itu.

aku seperti disia-siakan.

tak lagi menjadi kepentingan.

mati di penghujung jalan.

satu penamat yaang tak sempat dicapai

oleh kerana halangan yang besar.

dengan satu kata dari si hati kosong.

 

jujur, aku tak mampu untuk berdiri tanpa kasih.

jujur kasih hanya ada satu dalam hidup.

aku kesorangan kerana hilangnya kasih.

aku pasrah kerana aku perlu kuat!

kuat untuk menempuh liku-liku seorang diri.

 

jujur.

rasa itu telah pergi.

perlahan-lahan.

 

jujur.

aku masih di perhentian.

menanti tibanya bahagia.

bertemankan pelukan air mata sepi.