Dec 5, 2012

doa buat kasih

 

Ya Allah,

jika dia bukan milikku,

jauhkanlah hati kami,

padamkanlah cinta antara kami,

kuatkanlah hati kami untuk menunggu jodoh daripadaMu,

 

Ya Allah,

jika dia milikku,

dekatkanlah hati kami,

cepatkanlah ijab kabul kami,

sebelum itu,

bersihkanlah diri kami dan perbetulkanlah hati kami.

pautkanlah hatinya kepadaMu,

simpulkanlah taliMu dijalan kehidupannya

agar dia dapat membimbingku kerana Mu,

padamkanlah api amarah yang menyala didalam hatinya

simbahi dan limpahilah hatinya dengan kesabarMu ya Allah.

agar dia dapat memberi teguran dengan penuh kelembutan terhadapku.

 

Ya Allah,

tukarkanlah maki hamun yang sentiasa keluar dari bibirnya dengan zikir-zikir memujiMu

jagakanlah lidahnya dari berkata-kata yang membinasakan jiwa.

asahkanlah lidahnya dengan Ayat-ayat suci dariMu,

Ya,Allah, lembutkanlah lidahnya untuk memperbetulkanku sebagaimana tulang rusuk yang patah yang harus diperbetulkan.

tidak kuat kerana ia amat menyakitkan dan mematahkan lagi,

tapi lembut dengan usapan walau memakan masa namun masuk ke tempat yang betul tanpa sakit dan patah.

 

Ya Allah, bimbinglah hati dia sebaiknya

supaya dia menjadi khalifah dijalanMu,

mengikut jejak kekasihMu, Muhammad s.a.w

 

ya, Allah, sesungguhnya aku merinduinya,

sampaikanlah Alfatihahku kepadanya

supaya dia mengingatiMu dan berusaha untuk kami bersatu dalam ikatan yang Halal..

No comments: